Rani Kulup nafi ditaja untuk bertanding PRU15

Rani Kulup menggunakan logo pen mewakilinya pada PRU15.
Rani Kulup menggunakan logo pen mewakilinya pada PRU15.
A
A
A

PORT DICKSON - Calon Bebas Parlimen Port Dickson, Abdul Rani Kulup Abdullah menafikan ditaja oleh mana-mana pihak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tegas aktivis masyarakat itu, segala kos untuk menyertai pilihan raya tersebut ditanggung sendiri dan dibantu rakan-rakan.

"Demi ALLAH tiada sesiapa menaja ayah. Kalau ada tajaan, seronoklah ayah. Ayah ini pakai duit sendiri dan bantuan daripada kawan-kawan untuk membayar wang deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Waktu inilah pertubuhan bukan kerajaan(NGO) perlu bersatu hati membantu ayah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui beramah mesra dengan pengundi di sebuah restoran di sini pada Isnin.

Rani Kulup menunjukkan pen simbolik kepada logo yang dipilih pada PRU15.
Rani Kulup menunjukkan pen simbolik kepada logo yang dipilih pada PRU15.

Pada masa sama, beliau turut menafikan keputusannya bertanding semata-mata untuk memecahkan undi.

Jelasnya, penyertaannya dalam pilihan raya kerana mahu membantu membawa suara rakyat ke Parlimen kerana telah lama berjuang untuk rakyat.

"Sebab itu ayah tetap buat keputusan untuk bertanding walaupun terpaksa bertanding Bebas. Prinsip ayah pantang undur kerana ayah telah mengumumkan sebelum ini untuk bertanding.

Artikel Berkaitan:

"Orang sibuk tanya siapa taja ayah? Adalah lebih baik jika semua orang bagi ayah RM1,000. Ini masing-masing nak undi Rani Kulup pun takut," katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu pemilihan logo pen kerana menyifatkan pen lebih tajam daripada pedang.

"Walaupun dalam keadaan dunia dah canggih, tapi pen ini lebih tajam daripada mata pedang sebab itu ayah sentiasa berdamping dengan pen," katanya.