Sibuk kempen tidak halang calon PH bantu mangsa kemalangan

Sathia Prakash (dua dari kiri) melihat keadaan kereta mangsa terbabit kemalangan.
Sathia Prakash (dua dari kiri) melihat keadaan kereta mangsa terbabit kemalangan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesibukan berkempen tidak menghalang calon Pakatan Harapan (PH) Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajah membantu mangsa kemalangan jalan raya di Hulu Yam Bharu dalam keadaan hujan.

Sambil berpayung selepas keluar dari kenderaannya, pengasas rangkaian Kumpulan Klinik SP Care itu menghampiri mangsa bagi bertanya keadaan pemandu lelaki terbabit dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Ahad.

“Prihatin dengan isu dan keadaan semasa, Dr Sathia Prakash terpanggil untuk menjenguk keadaan mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Hulu Yam Bharu,” catat pentadbir laman Facebook calon PH itu pada Ahad.

Beliau kemudian meneruskan perjalanan bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad untuk menziarahi kematian di Sungai Choh di sini.

Pada Sabtu, Dr Sathia yang ditemui media selepas proses penamaan calon menyatakan azam untuk memperjuang isu jaringan dan keselamatan jalan raya demi kemudahan penduduk.

Beliau juga mendakwa dan kesal berikutan Putrajaya mengabai daerah berkenaan hingga mengakibat banyak kemalangan maut di kawasan Parlimen berkenaan.

“Saya mahu tekankan isu prasarana. Saya tak mahu sebut bina bangunan, yang paling penting jalan raya. Bulan lalu pun ada pegawai polis maut dalam nahas,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal.

Artikel Berkaitan: