Manchester United hilang keseimbangan di Villa Park

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag tidak berpuas hati dengan cara permainan The Red Devils ketika tewas 1-3 kepada Aston Villa, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Malah bekas pengendali kelab Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam itu berkata, para pemain The Red Sevils gagal mematuhi dan menjelmakan gaya permainan sebenar seperti sebelum ini.

United hadir ke Villa Park bersandarkan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah, prestasi yang meletakkan mereka dalam momentum menerobos slot empat teratas.

Bagaimanapun, selepas bolos dua gol dalam tempoh lima minit, United seolah-olah tidak berhasrat meneruskan momentum tersebut di laman lawan.

Gol sendiri Jacob Ramsey (45') membawa United kembali ke dalam permainan sejurus sebelum separuh masa.

Namun pemain sama menebus kesalahan pada awal babak kedua, apabila meletakkan skuad Unai Emery dengan gol ketiga pada minit ke-49', yang sebelum itu dijanakan dua gol dari Leon Bailey (7') dan Lucas Digne (11').

"Apabila anda memulakan permainan seperti ini, anda akan dikalahkan pasukan lawan.

"Perincian mengambil segala-galanya daripada kami, kerana para pemain tidak menekan. Hari ini kami tidak melakukannya dari awal, terutamanya pada permulaan permainan menyebabkan pasukan kehilangan keseimbangan.

Artikel Berkaitan:

"Kami tidak mematuhi peraturan bertahan, dan ini punca kekalahan dalam pertemuan ini. Pemain di padang perlu memenangi perlawanan dan jika mereka melakukan tugas 100 peratus, dengan semangat dan keinginan, mengikut peraturan dan prinsip bola sepak maka kami akan menang permainan ini," kata Ten Hag.

Pengendali dari Belanda itu sangat kritikal terhadap taktik pasukannya pada separuh masa kedua ketika pelawat cuba untuk kembali ke perlawanan berkata, mereka melakukan hantaran jauh lebih daripada yang sepatutnya.

"Anda perlu melakukan hantaran pada saat yang tepat, namun kami cuba terlalu memaksa dan ia tidak berlaku.

"Saya fikir ia adalah bodoh untuk berbuat demikian kerana kami melakukan hantaran terlalu cepat dari jauh.

"Saat yang tepat adalah daripada Christian Eriksen pada separuh masa pertama untuk melakukan hantaran, apabila dia menemui masa sesuai untuk menghantar bola kepada Cristiano (Ronaldo). Itulah saat yang tepat," katanya tambah.