Kekalahan yang mengecewakan - Ten Hag

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Brighton. - Foto AFP
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Brighton. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag kecewa dengan kekalahan kepada Brighton yang disifatkannya sebagai menjengkelkan ketika harapan untuk ke saingan Liga Juara-Juara sedikit terjejas.

Pemain tengah Brighton, Alexis Mac Allister menyempurnakan sepakan penalti pada minit kesembilan masa tambahan selepas bola terkena tangan Luke Shaw.

Kekalahan dramatik 1-0 di Stadium Amex itu menjejaskan peluang kedudukan empat teratas United apabila menyaksikan mereka hanya empat mata di atas Liverpool yang berada di tangga kelima walaupun mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Ten Hag mengakui para pemainnya perlu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut.

Pengendali Belanda itu menyifatkan United mempunyai banyak pelung pada babak awal perlawanan apabila Antony memiliki peluang keemasan sebelum penjaga gol David De Gea menafikan percubaan pemain sayap Albion, Kaoru Mitoma.

"Setiap kekalahan adalah mengecewakan tetapi akhirnya apabila anda tewas pada saat terakhir, itu sudah tentu menjengkelkan.

"Dan saya rasa minit pertama merumuskan segala-galanya. Kami mencipta peluang yang baik tetapi tidak cukup klinikal. Kemudian dalam serangan selepas itu kami melepaskan peluang besar.

"Dan akhirnya, kami juga memberikan gol dan itu menjengkelkan kerana jika anda tidak boleh menang kerana anda tidak menghabiskan peluang anda maka jangan kalah," katanya.