Lelaki maut diserang babi hutan

Mangsa yang parah diserang babi hutan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa yang parah diserang babi hutan meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A
A

MANJUNG - Seorang lelaki maut selepas diserang seekor babi hutan di Kampung Paya Ara, Pantai Remis di sini lewat petang Ahad.

Maklumat awal diterima, kejadian sekitar jam 7 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa dikenali Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, dalam perjalanan ke kebun.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian itu turut mengakibatkan dua lelaki masing-masing berusia 49 dan 60 tahun mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Babi hutan berkenaan bagaimanapun berjaya ditembak mati.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pasukan itu memberi khidmat pencahayaan bagi membantu operasi memburu babi hutan berkenaan.

"Panggilan operasi berkenaan diterima pada jam 7.05 malam dan operasi tamat pada jam 8.10 malam.

"Mangsa maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: