Warisan hanya tumpu Parlimen Kuala Pilah

Azman
Azman
A
A
A

KUALA PILAH - Parti Warisan Negeri Sembilan sebelum ini menyasarkan bertanding empat kerusi parlimen namun hanya bertanding satu kerusi di Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Azman Idriz berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

"Macam saya umum sebelum ini empat kerusi parlimen tetapi bukan kita tak nak, kita bincang dengan presiden, kalau boleh nak jentera parti kat luar sana biar tertumpu di Kuala Pilah, sebab itu kita tanding satu.

"... Dan insya-ALLAH kita boleh menang kerana sebenarnya saya sudah dua tahun bawa Warisan di Kuala Pilah, tetapi secara senyap-senyap," katanya.

Beliau yang juga calon Warisan di Parlimen Kuala Pilah berkata, pemilihan parlimen itu dibuat berikutan beliau merupakan anak jati dan membesar di Kuala Pilah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Parti Warisan Negeri Sembilan menyasarkan sekurang-kurangnya bertanding empat kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15.

Pada PRU14, Datuk Seri Hasan Malek (BN) tewas 200 undi dengan calon Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith yang memenangi 18,045 undi.

Pilihan raya kali ini, seramai lima calon bakal berentap di kerusi P129 Parlimen Kuala Pilah.

Artikel Berkaitan:

Mereka merupakan Perikatan Nasional (PN), Eddin Syazlee, Datuk Adnan Abu Hassan (BN), Nor Azman Mohamad (PH), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Kamarulzaman Kamdias dan Azman.