Erti kekayaan sebenar menurut Islam

Kekayaan itu bukan terletak pada harta benda atau wang ringgit, sebaliknya pada jiwa seseorang itu. -GAMBAR HIASAN.
A
A

"WAH, besarnya rumah itu! Kereta yang diparkir di halaman rumah itu pun mewah. Mesti pemiliknya kaya."

Pernyataan ini sudah acapkali kita dengar, bukan?

Kebiasaannya itulah anggapan masyarakat tentang kekayaan yang diukur dari segi harta benda dan ringgit.

Namun, dalam konteks agama, bagaimana pula sebenarnya kekayaan itu diukur?

Hakikatnya, kekayaan bukanlah mengambil kira berapa banyaknya harta.

Ini kerana kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan apa yang telah dimilikinya dan sentiasa berusaha untuk menambahnya.

“Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad)

Hadis itu menjelaskan bahawa kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona'ah), reda dan tidak tamak dalam mencari harta.

Oleh itu, jadikanlah kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan.

Tidak kiralah sama ada perlakuan yang berhubung dengan ALLAH SWT, sesama manusia mahupun dengan makhluk yang lain.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia