Piala Agong: Terengganu laung amaran awal

Antara aksi menarik Terengganu berdepan Johor di Kuala Terengganu. Foto Kredit: Ahmad Ridhuan
Antara aksi menarik Terengganu berdepan Johor di Kuala Terengganu. Foto Kredit: Ahmad Ridhuan
A
A
A

[DIKEMAS KINI] JUARA 2019, Terengganu memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan pilihan Johor 30-17 dalam perlawanan Ragbi Piala Agong 2022 di Stadium Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, pengurus pasukan Ragbi Terengganu, Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab mengakui berbangga dengan aksi yang dipamerkan skuad kendalian Nik Shahidan Mohd Zin setelah berjaya mencipta kebangkitan pada perlawanan itu.

Menurutnya, saingan diberikan kem Johor amat sengit apabila mereka berjaya mencipta 'try' pertama untuk berada di depan sebelum Terengganu bangkit mengikat kedudukan 7-7 pada separuh masa pertama.

"Bersambung babak kedua kita sekali lagi ketinggalan 10-7, namun Alhamdullilah para pemain-pemain Terengganu bangkit semula untuk penguasaan padang sekali gus menamatkan permainan pembukaan ini dengan kemenangan 30-17.

"Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini hasil komitmen diberikan setiap pemain kerana rata-rata mereka tidak mempunyai rehat yang cukup berikutan komitmen kerjaya sebelum menempuh perjalanan jauh di saat-saat akhir untuk beraksi di sini," katanya.

Pada perlawanan edisi-37, berintensiti tinggi itu juga satu layangan kad merah dilayangkan terhadap pemain pasukan dari selatan tanah air tersebut.

Sementara itu, aksi di Padang Ragbi Song Kheng Hai, Kuching, Sarawak tampil memberikan tekanan kepada sensasi utara Pulau Pinang sebelum mengalah 21-25 kepada pelawat.

Artikel Berkaitan:

Pahang yang bertandang ke padang ragbi SMK KGV, Seremban berdepan Negeri Sembilan berjaya membawa pulang tiga mata setelah menewaskan pasukan Hoben Jang Hoben 39 - 18.

Sementara itu di padang ragbi A Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Putrajaya mencipta kejutan apabila menang bergaya ke atas Selangor 77 - 3.


PIALA AGONG 2022


AHAD

PDRM lwn Kelantan

(Padang PGA Semenyih, 2 petang)

Kuala Lumpur lwn Perlis

(Padang Sekolah Menengah Sains Selangor, 2 petang)