Manchester City lepasi ranjau Fulham di Stadium Etihad

Haaland - Foto Agensi
Haaland - Foto Agensi
A
A
A

PENALTI pada masa kecederaan pemain gantian dari Norway, Erling Haaland membolehkan juara bertahan Manchester City yang beraksi 10 pemain melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas Fulham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pada perlawanan di Stadium Etihad itu, anak buah Pep Guardiola terlebih dulu di depan seawal minit ke-16 menerusi rembatan padu penyerang Argentina Julian Alvarez yang tidak terjangkau penjaga gawang The Cottagers, Bernd Leno

Tuan rumah berpeluang melebarkan jaringan, namun penyudah John Stones dibatalkan selepas Rodri berada dalam kedudukan ofsaid.

Skuad Pep Guardiola kemudian terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan Joao Cancelo dilayangkan kad merah selepas mengasari Harry Wilson di kawasan penalti.

Bekas bintang Manchester United, Andreas Pereira yang diberikan tanggungjawab Marco Silva tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Ederson pada minit ke-28'.

City terus mendominasi perlawanan walaupun kurang seorang pemain, ternyata gagal mengatasi kecemerlangan Leno, bekas penjaga gol Arsenal, biarpun Haaland dimasukkan bagi menggantikan

Alvarez pada minit ke-64', berjaya menterjemahkan sentuhan Kevin De Bruyne dalam bentuk jaringan sebelum dinafikan video bantuan pengadil (VAR) di minit ke-74'.

Pemburuan tiga mata tuan rumah akhirnya direalisasikan Haaland selepas de Bruyne dijatuhkan di kawasan penalti, yang disempurnakan Haaland pada minit 95'.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan ke-10 selepas 23 perlawanan itu memacu City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan 32 mata - satu mata mengatasi Arsenal.


LIGA PERDANA INGGERIS

Manchester City FC 2-1 Fulham FC

Leeds United 4-3 Bournemouth FC

Nottingham Forest 2-2 Brentford FC

Wolverhampton FC 2-3 Brighton & Hove

Everton FC 0-2 Leicester City FC