Hajiji gesa siasat insiden kekecohan di Tenom

Hajiji mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa PRU15 berlangsung.
Hajiji mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa PRU15 berlangsung.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa pihak berkuasa menyiasat punca insiden kekecohan yang berlaku di pusat penamaan calon di Tenom pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.

"Orang ramai terutama penyokong mana-mana parti diminta agar tidak emosi dan kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden rusuhan yang didakwa berlaku ekoran pencalonan Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditolak bagi Parlimen Tenom.

Sebelum itu, kekecohan berlaku di pekarangan pusat pencalonan di Dewan DSP Antanom oleh penyokong KDM sehingga menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dipercayai terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Kejadian itu turut dirakam sebelum videonya tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: