Proses penamaan calon di Tenom kecoh

Tangkap layar video kekecohan ketika proses penamaan calon Parlimen Tenom pada Sabtu.
Tangkap layar video kekecohan ketika proses penamaan calon Parlimen Tenom pada Sabtu.
A
A
A

TENOM - Proses penamaan calon Parlimen Tenom yang berlangsung di Dewan DSP Antanom bertukar kecoh apabila Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dipercayai melepaskan gas pemedih mata di kawasan berkenaan.

Berdasarkan tiga video berdurasi enam saat, 19 saat dan satu minit dua saat yang tular di media sosial memaparkan keadaan berlaku di pekarangan pusat penamaan calon di mana penyokong berarak cuba masuk ke dewan manakala polis kelihatan membaling gas pemedih mata di kawasan berkenaan.

Turut kelihatan penyokong membawa bendera parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di mana parti itu dipimpin oleh Datuk Peter Anthony.

Difahamkan, pencalonan Peter ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada proses pencalonan berkenaan.

Setakat ini Sinar Harian belum mendapat sebarang pengesahan daripada pihak polis dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah enggan mengulas mengenainya.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Artikel Berkaitan: