Tiada kerusi menang tanpa bertanding, enam ditolak: SPR

Abdul Ghani - Foto Bernama
Abdul Ghani - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tiada kerusi yang menang tanpa bertanding pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak enam kertas pencalonan ditolak SPR yang melibatkan empat Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Parlimen Batu mencatatkan jumlah pencalonan tertinggi iaitu melibatkan 10 penjuru manakala tujuh penjuru bagi kerusi DUN, Chenderiang Perak," katanya menerusi sidang akhbar di ibu pejabat SPR, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya, Sabah pula melibatkan persaingan tujuh penjuru.

"Dengan selesainya urusan penamaan calon tersebut, maka tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga jam 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat)," ujarnya.

Sementara itu ditanya adakah SPR mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung PRU15, beliau berkata tiada sebarang SOP yang akan dikeluarkan.

Mengenai senarai penuh penamaan calon pula, SPR akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu.

Artikel Berkaitan: