Calon 25 tahun antara lawan Mahdzir di Padang Terap

Calon-calon Parlimen P007 Padang Terap yang bertanding bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) (dari kanan) Datuk Seri Mahdzir Khalid (Barisan Nasional), Nurul Amin Hamid (Perikatan Nasional), Razali Lebai Salleh (Pejuang) dan Muaz Abdullah (Pakatan Harapan) selepas pengumuman senarai calon yang akan bertanding di kerusi parlimen itu di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap hari ini. - Foto Bernama
Calon-calon Parlimen P007 Padang Terap yang bertanding bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) (dari kanan) Datuk Seri Mahdzir Khalid (Barisan Nasional), Nurul Amin Hamid (Perikatan Nasional), Razali Lebai Salleh (Pejuang) dan Muaz Abdullah (Pakatan Harapan) selepas pengumuman senarai calon yang akan bertanding di kerusi parlimen itu di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PADANG TERAP - Penyandang Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN) berdepan saingan empat penjuru termasuk seorang calon muda berusia 25 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muaz Abdullah yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mengakui berdepan tugas berat apabila bertemu calon 'heavyweight' namun percaya pengundi muda bakal menjadi penentu.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Padang Terap itu berkata, seramai 13,000 pengundi muda di Parlimen ini menjadi tumpuan semua parti untuk memenangi hati mereka pada PRU kali ini.

"Sebagai orang muda, saya mengambil langkah berani untuk berdepan calon 'heavyweight' yang merupakan Naib Presiden UMNO.

"Soal umur muda itu adalah perkara kedua kerana yang penting langkah berani ini diharapkan mampu memberikan hasil untuk membantu negara diuruskan dengan lebih baik selepas ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas selesai proses penamaan calon PRU15 di Pejabat Daerah, Tanah dan Majlis Daerah Padang Terap, dekat sini.

Dua lagi calon yang ditentang Mahdzir adalah Nurul Amin Hamid dari Perikatan Nasional (PN) dan Razali Lebai Salleh dari Pejuang.

Nurul Amin adalah Ketua Pemuda Pas Kedah merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Kedah manakala Razali merupakan bekas Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perlis.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar pada sidang media berkata, BN Bahagian Padang Terap perlu berkerja kuat untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

Bagaimanapun beliau mempunyai keyakinan dapat mempertahankan kerusi itu pada PRU kali ini.

"Anak muda adalah satu daripada kluster yang paling penting dalam menentukan sokongan kepada calon-calon, jadi kita juga mempunyai program dan juga rancangan untuk anak muda bersama dengan Barisan Nasional," kata Mahdzir.

Pengumuman nama calon itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Terap, Datuk Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin pada jam 10.26 pagi selepas tempoh penyerahan borang penamaan calon tamat pada jam 10 pagi.