Mohamed Khaled lawan calon PN, PH di Kota Tinggi

Mohamed Khaled (kanan) bersama Onn Jaafar (tengah) dan Mohamad Ridhwan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi pada Sabtu.
Mohamed Khaled (kanan) bersama Onn Jaafar (tengah) dan Mohamad Ridhwan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi pada Sabtu.
A
A
A
KOTA TINGGI - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berdepan saingan tiga penjuru yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Menteri Besar Johor itu yang mewakili BN akan berdepan saingan dengan calon muda, Mohamad Ridhwan Rasman yang juga anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain.

Turut menyertai saingan di kerusi berkenaan adalah calon daripada Pakatan Harapan, Onn Jaafar.

Calon-calon yang bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi BN Bahagian Pasir Gudang bersama-sama penyokongnya berkumpul di Rumah UMNO Bahagian Pontian dekat sini sebelum berarak ke pusat penamaan calon.
Artikel Berkaitan: