Manifesto PN akan diumumkan esok, kata Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PAGOH - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto gabungan itu akan dibentang esok di Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lokasi tepat tempat pengumuman manifesto tersebut.

"Esok, PN akan melancarkan manifesto atau aku janji kita. Ini akan saya perincikan esok mengambil kira semua perkara yang cukup penting untuk kita laksana dan tunaikan.

"Saya nak menyatakan bahawa kita tidak mahu berjanji. Kita akan usahakan dan laksanakan sepenuhnya apa yang kita janjikan dalam manifesto kita," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, antara perkara yang akan diumumkan dalam manifesto itu adalah mengenai ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan, wanita dan perkara tertentu yang lain

"Ini akan kita maklumkan dan berharap ia mendapat tarikan pengundi di seluruh negara," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berharap beliau sekali lagi diberi sokongan yang besar untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau ahli Parlimen Pagoh.

Beliau juga berharap rakan-rakan dalam PN yang masuk ke pusat penamaan calon diseluruh negara juga akan diterima.

Artikel Berkaitan:

"Itu menunjukkan kita sudah bersedia untuk tawarkan suatu kerajaan yang baik, prihatin, bersih dan stabil sebagaimana jadi tagline PN.

"Apa pun penting untuk sekarang ini jentera PN di seluruh negara akan bekerja keras untuk menentuk setiap pengundi keluar beramai-ramai," katanya.