Kanada lapor 1,444 cacar monyet

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

OTTAWA - Kanada melaporkan 1,444 kes cacar monyet termasuk 42 pesakit dimasukkan ke hospital, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada pada Jumaat.

Sebanyak 688 kes direkodkan di Ontario, 525 (Quebec), 179 (British Columbia), 41 (Alberta), enam (Saskatchewan), dua (Yukon) dan masing-masing satu dari Nova Scotia, Manitoba dan New Brunswick, lapor Xinhua.

Dos kedua vaksin cacar monyet sedang dilancarkan di negara ini.

Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan mengenai Imunisasi mengesyorkan vaksin berkenaan digunakan sebagai kaedah pencegahan terhadap mereka yang berisiko terdedah, tidak menunjukkan sebarang gejala dan diberikan 28 hari selepas suntikan pertama.

Cacar monyet boleh merebak menerusi kontak rapat dengan orang yang dijangkiti, termasuk melalui pelukan, ciuman, urutan atau hubungan seksual, menurut pakar. - Bernama

Artikel Berkaitan: