Denggi: Lebih 11,000 dimasukkan ke hospital di Bangladesh

Lebih 11,000 pesakit denggi dimasukkan ke hospital di Bangladesh pada separuh pertama Julai. - Foto fail AFP
Lebih 11,000 pesakit denggi dimasukkan ke hospital di Bangladesh pada separuh pertama Julai. - Foto fail AFP
A
A
A

DHAKA - Lebih 11,000 pesakit denggi dimasukkan ke hospital di Bangladesh pada separuh pertama Julai, menurut Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Negara Asia Selatan itu mengalami lonjakan kes denggi pada Sabtu, dengan 1,623 jangkitan baharu dan tujuh kematian direkodkan, lapor Xinhua.

Setakat 8.00 pagi waktu tempatan pada Sabtu, terdapat 11,476 kes denggi baharu direkodkan bulan ini, dan angka kematian mencecah 54, menunjukkan lonjakan penyakit bawaan nyamuk di Bangladesh.

Angka itu yang tertinggi sejak Januari tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes keseluruhan mencecah 19,454 dan angka kematian kepada 100. - Bernama