Ayob Khan tinjau pusat penamaan calon

Ayob Khan hadir melawat pusat penamaan calon PRU15 di Bandar Tun Razak di sini, pada Sabtu.
Ayob Khan hadir melawat pusat penamaan calon PRU15 di Bandar Tun Razak di sini, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir melawat pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bandar Tun Razak di sini, pada Sabtu.

Kehadiran beliau disambut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Jasmirol Jamaluddin.

Ayob Khan dilihat hadir pada jam 8.40 pagi dengan diiringi pegawainya itu bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar mengikut peruntukan undang-undang.

Turut hadir adalah Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin.

Pada Jumaat, Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, seramai 31,183 petugas siap siaga untuk digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

PDRM memberi jaminan akan memastikan keselamatan dan ketenteraman terkawal pada hari penamaan calon di semua lokasi terlibat pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: