Kuching City harus guna kelebihan di laman sendiri

Irfan Bakti
Irfan Bakti
A
A
A

KUCHING City FC digesa memanfaatkan sepenuh kelebihan beraksi di laman sendiri untuk melakar keputusan positif apabila melayan kunjungan Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu.

Malah, pengendali The Cats, Irfan Bakti Abu Salim yakin kehadiran para penyokong akan menjadi suntikan semangat kelab yang mara ke suku akhir kali pertama sejak ditubuhkan pada 2015.

Saya meminta pemain-pemain mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri kerana dalam perlawanan terakhir, kami melihat 4,000 hingga 5,000 penyokong. Sorakan daripada mereka ini cukup berkesan untuk pemain saya.

“Kami pernah mengalahkan Sabah dalam aksi persahabatan pra musim.

“Biarpun begitu, saya menghormati pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee yang berjaya membawa skuad itu untuk menduduki tempat ketiga.

“Namun, dalam bola sepak, apabila anda bermain secara timbal balik, apa sahaja boleh berlaku kerana ini bukan perlawanan liga,” ujarnya.

PIALA MALAYSIA

Suku Akhir Pertama

Artikel Berkaitan:

SABTU (5 NOVEMBER)

Kuching City FC lwn Sabah FC

(Stdm Negeri, 8.15 malam)

Kelantan FC lwn JDT

(Stdm Sultan Muhammad IV, 9 malam)

AHAD (6 NOVEMBER)

Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

Kuala Lumpur City lwn Terengganu FC

(Stdm Bola Sepak Kuala Lumpur, 9 malam)