Jamal layak bertanding PRU15: Peguam

Jamal
Jamal
A
A
A

SUNGAI BESAR - Calon BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos masih layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana masih belum diisytiharkan bankrap.

Peguam beliau, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, Jamal boleh mengemukakan borang pencalonannya pada Sabtu.

"Dalam perlembagaan Persekutuan, hanya individu bankrap tidak dibenarkan menjadi calon bertanding dalam pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di pusat media BN Parlimen Sungai Besar pada Jumaat.

Mohd Imran berkata, penyandang kerusi Parlimen Seputih, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataannya adalah cubaan untuk menyerahkan notis kebankrapan bagi menghalang Jamal menjadi calon PRU15.

"Kami telah mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Rayuan yang kini dalam pertimbangan lanjut, malah notis kebankrapan pun belum kita terima setakat ini," ujarnya.

Mohd Imran memberitahu, Jamal dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan berkenaan yang boleh dianggap sebagai cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai calon.

Jamal telah membuat laporan polis kira-kira jam 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Teresa Kok menghantar surat bantahan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berhubung penamaan Jamal sebagai calon BN di kerusi Parlimen Sungai Besar dan mendakwa Jamal belum menyelesaikan syarat penghakiman dalam saman difailkan terhadapnya yang berkemungkinan menyebabkan pengisytiharan muflis.

Artikel Berkaitan:

Julai lalu, Teresa Kok memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Arief Emran Arifin dalam keputusannya membenarkan tuntutan saman Teresa Kok selaku plaintif terhadap Jamal yang difailkan pada 6 April 2017