'Menang pilihan raya dulu, baru fikir calon MB Perak'- Anwar

Anwar (dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Ulu Kinta pada Jumaat.
Anwar (dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Ulu Kinta pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan mengenai calon menteri besar sekiranya gabungan parti itu berjaya menawan Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan kini lebih memfokuskan untuk memenangi PRU15 terlebih dahulu.

"Itu cadangan tetapi selalunya dalam sistem kita, kita runding dalam PH seperti calon perdana menteri, PKR mencadangkan Anwar tetapi kita bincang dalam PH, semua muafakat Anwar.

"Jadi, kita akan melalui proses itu, kita perlu menang pilihan raya dahulu kemudian baharu difikirkan. Perkara itu belum diputuskan lagi," katanya ketika sidang akhbar pada program Penyertaan Bekas Ahli MIC dan Ramah Mesra Masyarakat India di Ulu Kinta di sini pada Jumaat.

Media melaporkan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Zainal Azman Abu Seman disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Perak.

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu akan mewakili PH bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia adalah 'perjudian besar' bagi PH menamakan Zainal Azman dan menegaskan ia adalah keputusan yang tepat.

Artikel Berkaitan: