Calon PRU15 wajar perjuangkan isu pekerja

Perang bendera menjelang PRU15 sudah bermula dengan deretan bendera parti bertanding. - Foto Bernama.
Perang bendera menjelang PRU15 sudah bermula dengan deretan bendera parti bertanding. - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon daripada pelbagai parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sewajarnya memperjuangkan isu berkaitan pekerja di negara ini termasuk gaji minima RM1,500.

Penasihat Buruh Antarabangsa, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D Angelus berpandangan gaji minima semasa RM1,500 sebulan amatlah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.

Justeru, beliau berkata, semua calon harus membentangkan sebahagian daripada manifesto peribadi mereka mengenai hasrat dan aspirasi untuk pekerja.

"Pengundi perlu membuat keputusan mereka tentang calon yang akan dipilih berdasarkan apa yang mereka perjuangkan dan isu pekerja adalah sesuatu yang disarankan menjadi sebahagian daripada pertimbangan itu.

"Calon diminta mengambil serius isu pekerja dan mengotakan janji jika berjaya menjadi pilihan para pengundi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menambah, kecukupan gaji minima adalah faktor besar dan pengundi perlu mengetahui pendirian calon serta parti dalam perkara tersebut.

Menurutnya, calon perlu membentangkan rekod prestasi mereka kepada orang ramai mengenai pendirian terhadap isu pekerja.

"Adakah dalam perjalanan kerjaya politik mereka lebih cenderung untuk melihat isu pekerja atau lebih mengambil berat tentang kepentingan perniagaan lumayan?" soal beliau.

Artikel Berkaitan: