Pendekatan mesra Khairuddin boleh menangkan BN

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali
A
A
A

KUALA NERUS - Pendekatan mesra yang diamalkan sejak menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus pada 2013 dianggap tambah nilai untuk memenangi kerusi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon BN Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun sebelum ini beliau menjadi wakil rakyat kepada Pas, tetapi beliau sentiasa berlaku baik kepada semua parti.

"Pernah satu ketika, Puteri UMNO mengiringi isteri untuk bergerak (berkempen) ketika banjir.

"Saya yakin pendekatan ini (mesra) satu peluang dan ruang untuk saya menang sebagai calon BN. Yang penting jentera perlu didekati. Hubungan saya bersama pimpinan BN di sini (Kuala Nerus) juga baik. Kami selalu berjumpa dalam program-program BN," katanya pada pihak media di sini, Jumaat.

Mengulas mengenai pemilihannya dalam BN, Mohd Khairuddin percaya keputusan itu adalah yang terbaik daripada kepimpinan parti.

"Saya yakin semua jentera (BN) akan bersama saya untuk menangkan BN di seluruh negara termasuk Parlimen Kuala Nerus. BN perlukan kemenangan semaksimum untuk halang Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.

"Malam tadi saya menerima panggilan daripada akar umbi yang bertanyakan pelbagai soalan sehingga jam 4 pagi selepas nama saya dicalonkan, " katanya.

Artikel Berkaitan: