30 PATI cuba masuk Malaysia ditahan

A
A
A

KUBANG PASU - Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya menumpaskan cubaan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar yang cuba masuk ke Malaysia melalui sempadan negara Malaysia-Thailand di sini pada Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), kumpulan itu cuba memasuki sempadan negara ini melalui laluan yang tidak sah kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, kejadian terbabit berlaku di sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

"Ketika itu pasukan peronda sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sebelum mengesan pergerakan kumpulan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, kesemua mereka dalam keadaan mencurigakan dan cuba bersembunyi di kawasan belukar dalam kebun getah.

"Anggota bertugas bersama Tim Quick Respond Force (QRF) seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua PATI berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah warganegara Myanmar berusia antara 15 hingga 42 tahun terdiri daripada 26 lelaki dan empat wanita," katanya.

Tambah kenyataan itu, hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Artikel Berkaitan:

"Turut dirampas adalah 27 buah telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand, 24 kad pengenalan warga Myanmar serta sebuah beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih RM17,000.

"Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk siasatan lanjut," katanya.