Shahidan, Ismail bertanding atas tiket PN

Shahidan (tengah) diumumkan sebagai calon PN di kerusi Parlimen Arau di Rusila, Marang malam ini.
Shahidan (tengah) diumumkan sebagai calon PN di kerusi Parlimen Arau di Rusila, Marang malam ini.
A
A
A

MARANG - Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dipilih sebagai calon Pas bertanding di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemilihan pemimpin BN itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU15 di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua mereka akan bertanding atas tiket PN.

Shahidan yang turut hadir di majlis tersebut mendapat tepukan gemuruh dari 10,000 penyokong PN selepas namanya diumumkan Abdul Hadi yang juga Presiden Pas.

BN pada Selasa, menggugurkan nama Shahidan untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau dan mengumumkan Rozabil sebagai pengganti calon di kawasan itu.

Ismail yang merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut digugurkan.

Ismail Muttalib menjadi Ahli Parlimen Maran selama empat penggal bermula 2004 dan dalam tsunami politik PRU14 lalu beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 undi.

Artikel Berkaitan: