PRU15: Khairuddin, Che Abdullah tanding bawah BN, Noh gugur

Gambar dari kiri: Khairuddin, Che Abdullah, Noh
Gambar dari kiri: Khairuddin, Che Abdullah, Noh
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan penyandang Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan bertanding di bawah gabungan itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau turut memaklumkan bahawa seorang pemimpin dari Pas dicalonkan di bawah BN ialah Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang akan mempertahankan kerusi yang disandangnya di Parlimen Tumpat.

Zambry berkata demikian menerusi satu kenyataan pada Khamis yang memaklumkan mengenai baki tujuh lagi kerusi dimuktamadkan gabungan tersebut bagi menghadapi PRU15.

“Daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus menyaksikan, BN menampilkan dua calon secara 'direct candidate' atas sifat keterbukaan dan perpaduan.

"Dengan pengumuman ini, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen adalah sebanyak 178,” katanya.

Zambry
Zambry

Dalam pada itu, Zambry memaklumkan BN akan meletakkan Habibah Mohd Yusof sebagai calon gabungan itu di kerusi Parlimen Tanjong Karang pada PRU15 akan datang.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar digugurkan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya itu pada PRU lalu.

Artikel Berkaitan:

Calon BN lain yang diumumkan lain ialah Kohilan Pillay G Appu bagi kerusi Parlimen Batu; Chew Yin Keen (Bandar Tun Razak); Shamsulkahar Mohd Deli (Jempol) dan Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah).

“BN yakin calon yang dikemukakan dengan pelbagai latar belakang dan kelayakan, Insha-ALLAH mampu untuk menggalas amanah mewakili kepentingan rakyat apabila dipilih kelak,” ujar beliau.