[VIDEO] Ramai calon PKR layak jadi Menteri Besar Perak

Lih Kang (kiri) menyampaikan watikah kepada Zainal Azman ketika Majlis Pengumuman Calon PKR dan Penyerahan Watikah Calon di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Lih Kang (kiri) menyampaikan watikah kepada Zainal Azman ketika Majlis Pengumuman Calon PKR dan Penyerahan Watikah Calon di sebuah hotel di sini pada Khamis.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk dipilih sebagai Menteri Besar Perak jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan di negeri ini.

Pengerusinya, Chang Lih Kang berkata, perkara paling penting ketika ini adalah memastikan PH memperoleh kemenangan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Jelas beliau, selain calon DUN Kuala Sepetang, Datuk Zainal Azman Abu Seman yang disebut-sebut sebagai Menteri Besar, mereka mempunyai beberapa calon lain untuk diangkat mengisi jawatan itu.

Sesiapa boleh jadi calon menteri besar. Sekarang bukan lagi masanya (untuk tentukan siapa menteri besar). Kita kena menang dulu baru.

"Walaupun semua ini dah dibincangkan tapi bukan masa sesuai untuk umumkan. Kita akan umumkan nanti. Ada orang yang layak jadi calon ada beberapa," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Majlis Pengumuman Calon PKR dan Penyerahan Watikah Calon di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Pada majlis itu Zainal Azman diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi DUN Kuala Sepetang dan menerima watikah bersama-sama calon lain daripada Lih Kang pada Khamis.

Sementara itu, Lih Kang berkata, PKR akan bertanding di 21 kerusi DUN di Perak pada PRU15 ini mewakili PH.

Katanya, sebanyak 17 muka baharu yang akan dipertaruhkan kali ini manakala selebihnya pernah bertanding pada PRU yang lalu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, parti itu turut mencalonkan 11 individu berusia di bawah 40 tahun dan lima calon wanita.

Pada Khamis, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan PH menamakan Zainal Azman sebagai calon Menteri Besar Perak sekiranya mereka membentuk kerajaan negeri selepas PRU15.

Senarai calon PKR DUN Perak

N02 Temengor - Dr Ahmad Safwan Mohamad

N03 Kenering - Mohamad Jamean Zulkepli

N07 Batu Kurau - Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin

N09 Kuala Kurau - Anuar Ahmad

N10 Alor Pongsu - Khairul Azman Ahmad

N13 Kuala Sepetang - Datuk Zainal Azman Abu Seman

N15 Trong - Junaida Jamaluddin

N19 Chenderoh - Mohd Khairol Iwan Mat Khairi

N21Lintang - Za'im Sidqi Zulkifly

N24 Hulu Kinta - Muhamad Arafat Varisai Mahamad

N34 Bukit Chandan - Mohamad Hairul Amir Sabri

N36 Pengkalan Baharu - Abul Jais Ashfaq Ahmed

N40 Bota - Usaili Alias

N43 Tualang Sekah - Mohd Azlan Helmi Helmi

N45 Simpang Pulai - Wong Chai Yi

N46 Teja - Sandrea Ng Shy Ching

N47 Chenderiang - Atyrah Hanim Razali

N49 Sungai Manik - Mohamad Maharani Md Tasi

N52 Pangkor - Abdul Razak Nazri naib pengerusi

N54 Hutan Melintang - S Wasanthi

N58 Slim - Mohd Syahid Mohd Zaini