[VIDEO] Tiada perbincangan tukar calon kerusi Pulai: PN Johor

Rasman (tengah) pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PN Johor di Senai pada Khamis.
Rasman (tengah) pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PN Johor di Senai pada Khamis.
A
A
A

KULAI - Tiada sebarang perubahan nama calon yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) Johor, termasuk di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Jentera Jabatan Pilihan Raya PN Johor, Rasman Ithnain berkata, pertukaran calon PN Pulai, Deepak Jaikishan hanya khabar angin.

Jelasnya, tiada sebarang perbincangan dilakukan PN Johor berhubung pertukaran calon.

Buat masa ini nama calon di tangan saya masih Deepak Jaikishan. Pertukaran calon Parlimen Pulai ini saya anggap sebagai sebagai khabar angin sahaja.

"Kita mendapati tidak ada berlakunya terguris hati sebab semua komponen dalam PN bermuafakat. Tidak berlaku rasa tidak puas hati dan sebagainya dan setakat ini semuanya stabil," katanya pada sidang akhbar Jabatan Pilihan Raya PN Johor di Bilik Gerakan Utama PN negeri di Senai di sini, pada Khamis.

Pada Rabu, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan Pengerusi Gerakan Johor, Datuk Teo Kok Chee sebagai berkata, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau telah menamakan calon lain bagi bertanding di kerusi ini atas tiket Gerakan.

Menurut Teo, keputusan menukar calon berkenaan dibuat selepas pengumuman dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin pada Selasa.

Dalam pada itu, Rasman berkata, PN Johor akan mempertaruhkan 72 peratus calon baharu yang akan bertanding di semua 26 kerusi parlimen di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus merupakan calon muda di mana paling muda berusia 28 tahun. Manakala calon berpengalaman yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin merupakan calon paling senior PN Johor.

"Pembahagian kerusi terdiri daripada Bersatu sebanyak 16 kerusi manakala Pas (empat) Gerakan (empat) dan Bersekutu juga empat kerusi," katanya.