Peluang BN rampas kerusi Pagoh terbuka

Razali (tengah) menerima watikah calon pada.majlis pengenalan berkenaan pada Khamis.
Razali (tengah) menerima watikah calon pada.majlis pengenalan berkenaan pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Calon BN bagi kerusi Parlimen Pagoh (P 143), Datuk Seri Razali Ibrahim menyifatkan peluang BN untuk kembali memenangi kerusi terbabit sentiasa terbuka.

Menurutnya, berdasarkan kepada calon-calon yang dikemukakan pada PRU15 kali ini, BN dilihat mampu merealisasikan hasrat berkenaan.

“Pada PRU kali ini, BN mengemukakan ramai calon baharu, ada juga orang lama, berlainan gender (jantina), usia dan juga calon-calon yang di luar tradisi.

“Bagi saya, ia secara keseluruhannya membuktikan kesungguhan kita untuk kembalikan sokongan rakyat kepada BN.

“Insya-ALLAH dengan gandingan muka baharu dan muka lama ini kita yakin ia akan membuahkan hasil dan memberikan manfaat kepada kita pada PRU kali ini,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pengenalan Calon BN bagi PRU15 di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor pada Khamis.

Untuk rekod, Razali yang juga bekas Ahli Parlimen Muar selama tiga penggal mulai 2004 hingga 2018 lalu sebelum ini tewas kepada, calon Pakatan Harapan ketika itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mengulas mengenai pemilihannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muyiddin Yassin, Razali berkata, pihaknya akur dengan keputusan pihak pucuk pimpinan parti.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, sudah pasti pihaknya akan cuba sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan BN pada PRU kali ini.

“Bagi saya peluang sentiasa terbuka...bukan sahaja di Pagoh tetapi di tempat saya pernah berkecimpung lama dalam politik iaitu di Muar juga saya inginkan kemenangan.

“Ini bukan soal ‘semua kita nak,’ tapi saya ke Pagoh ada tugasan...kalau buat dengan baik kita boleh kecapi kejayaan,” jelas beliau.