[VIDEO] Dakwaan pakatan sulit PH-BN hanya cakap kosong

Rafizi (kiri) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Khamis.
Rafizi (kiri) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Harapan (PH) mempunyai pakatan sulit bersama BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah cakap kosong.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, tuduhan seumpama itu dibuat disebabkan keadaan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) yang semakin berkurangan.

Menurutnya, jika dibuat perbandingan antara PH, BN dan gabungan tersebut, mereka berada di tempat ketiga.

Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dahulu, memang PH berada di tempat ketiga.

"Tapi sekarang, di kebanyakan kawasan di Malaysia, sokongan PN sudah berkurangan bukan sahaja dalam dalam pengundi bukan Melayu tetapi pengundi Melayu juga," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pada Khamis.

Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa terdapat pimpinan Umno mahu mengecilkan kemenangan BN sendiri dalam PRU15 nanti.

Jelas beliau, ia sebagai memberi peluang kepada PH untuk memenangi dalam pilihan raya itu dan kedua-dua parti tersebut akhirnya bersatu mewujudkan pakatan baharu.

Tegasnya, PN tegas dengan pendirian bahawa tidak akan sekali-kali menjalin kerjasama dengan PH.

Artikel Berkaitan:

Pada masa yang sama, Rafizi ketika mengulas mengenai tentang pencalonan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen Sungai Buloh mengingatkan kepada penduduk di sana agar membuat keputusan yang rasional.

"Satu kemenangan yang diberikan kepada BN, maka ia akan memberi kejayaan kepada pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," tambah beliau