Kenyataan media sokong Abdul Hadi sebagai PM palsu - Pas

Kenyataan media tular yang disahkan palsu oleh Takiyuddin.
Kenyataan media tular yang disahkan palsu oleh Takiyuddin.
A
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan kenyataan media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ adalah palsu.

Menerusi kenyataan di Facebooknya sebentar tadi, beliau berkata, kenyataan media yang tular itu juga tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Terdahulu kenyataan media palsu menggunakan logo parti itu bertarikh 4 Mei yang ditandatangani oleh beliau memaklumkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok bagi mempersembahkan surat akuan sumpah 115 ahli Parlimen sebagai menyokongnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.