Kereta terbabas pemuda parah jatuh cerun

Kereta dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Bangi Avanue, Bangi di sini pada Khamis.
Kereta dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Bangi Avanue, Bangi di sini pada Khamis.
A
A
A

SERDANG - Seorang lelaki parah setelah tercampak ke dalam cerun apabila kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Bangi Avanue, Bangi di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan terbabit pada jam 8.52 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9.03 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah keret jenis Nissan Cefiro dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 24 tahun dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kejadian mengakibatkan mangsa tercampak keluar dan terjatuh ke dalam cerun.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakan selanjutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa terjatuh dalam cerun berkenaan yang dianggarkan berkedalaman 9.1 meter sebelum berjaya dibawa naik oleh anggota bomba terlibat.

"Mangsa mengalami kecederaan parah kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: