GTA mampu gantikan UMNO

Tangkap layar kenyataan dimuat naik Tun M
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Tun M
A
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Tanah Air (GTA) mampu menggantikan UMNO kerana gabungan itu terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan dan bersemangat kebangsaan Melayu dan Malaysia, sayang negara serta agama.

Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sudah dirampas oleh penjenayah Melayu dan berjuang untuk wang, menyelamatkan pemimpin mereka dari didakwa di mahkamah dan dipenjara.

Beliau turut mendakwa nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO.

"Pemimpin dan calon GTA bebas dari perlakuan jenayah, tidak hadapi tuduhan dalam mahkamah dan bersih.

"GTA akan lawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah oleh penjenayah yang telah rosak parti, pemerintahan dan negara," katanya di Facebook pada Khamis.

Beliau menambah GTA bertujuan menukar kerajaan penjenayah kepada kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.

"GTA juga mampu memulih semula politik kestabilan, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial.

"Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi. Inilah janji GTA kepada Malaysia dan rakyatnya," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, oleh kerana GTA belum didaftar maka Parti Pejuang Tanah Air akan mewakili GTA dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

'Undilah Pejuang untuk bangsa, negara dan agama," ujarnya.