Denda jika makan, minum ketika memandu

Pemandu kereta di Australia boleh didenda jika ditangkap ketika makan semasa memandu. - Foto Google Maps
Pemandu kereta di Australia boleh didenda jika ditangkap ketika makan semasa memandu. - Foto Google Maps
A
A
A

BRISBANE - Pemandu - pemandu kereta di Australia boleh didenda jika mereka ditangkap dan didapati sedang makan dan minum ketika sedang memandu.

Jabatan Pengangkutan Queensland pada Selasa mengingatkan tentang undang-undang tersebut kepada para pemandu menerusi Facebook.

Ia menyatakan bahawa para pemandu boleh didenda A$575 (RM1,747) dan penolakan tiga mata pemanduan jika tidak mempunyai kawalan yang betul ke atas kenderaan atau jika memandu tanpa berhati-hati.

Di New South Wales, pemandu - pemandu yang ditangkap ketika sedang makan atau minum boleh didenda sebanyak A$469 (RM1,425 ) dan penolakan tiga mata pemanduan.

Dalam pada itu di Northern Territory, para pemandu boleh didenda sebanyak A$150 (RM455.93) untuk pemanduan cuai dan manakala makan atau minum semasa memandu akan turut dipertimbangkan dikenakan denda.

Makan atau minum ketika memandu di Tasmania juga boleh menyebabkan para pemandu kereta denda sebanyak A$173 (RM525.84 ) dan penolakan tiga mata pemanduan. - Agensi

Artikel Berkaitan: