'Jangan risau akan ada berita baik'

Nurshamil (kiri) melepaskan rembatan ke arah pintu gol Sarawak United pada perlawanan Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV.
Nurshamil (kiri) melepaskan rembatan ke arah pintu gol Sarawak United pada perlawanan Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV.
A
A
A

PENYERANG sensasi Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani yakin mampu menyumbang sesuatu kepada The Red Warriors (TRW) menjelang perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia biarpun mengalami kecederaan, Isnin lalu.

Pemain berusia 28 tahun tersebut menyifatkan kecederaan itu tidak serius, sebaliknya teruja untuk diturunkan berdepan finalis Piala Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu ini.

Peledak sensasi kelab Cik Siti Wan Kembang itu mengalami kecederaan pada minit ke-24 ketika menentang Sarawak United perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia.

“Buat masa ini saya sudah merujuk dengan doktor untuk teliti balik kecederaan ini dan berharap tiada apa-apa yang teruk untuk saya terus beraksi nanti.

“Saya rasa akan pulih secepat mungkin, cuma sekarang masih rasa sakit lagi di bahagian pinggang dan akan terus melakukan pemulihan bersama pasukan.

“Jangan risau, Insya-ALLAH akan ada berita yang baik dan saya rasa tiada masalah untuk bermain," katanya.

Kelantan mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang aggregat 2-1 ke atas Sarawak United.

PIALA MALAYSIA

Artikel Berkaitan:

Suku Akhir Pertama

SABTU (5 NOVEMBER)

Kuching City FC lwn Sabah FC

(Std Negeri, 8.15 malam)

Kelantan FC lwn JDT

(Std Sultan Muhammad IV, 9 malam

AHAD (6 NOVEMBER)

Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC

(Std Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

Kuala Lumpur City lwn Terengganu FC, (Std Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 9 malam)