PRU15: PN Kelantan kemuka lima muka baharu

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) Kelantan mengemukakan lima muka baharu daripada 14 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia melibatkan kerusi Parlimen Bachok, Ketereh, Machang, Jeli dan Gua Musang.

Calon bagi Parlimen Bachok menampilkan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman yang diberi laluan oleh penyandang, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Bagi Machang, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal diangkat sebagai calon.

Sementara di Ketereh pula, PN Kelantan menamakan Mejar Jeneral (B) Datuk Khilir Mohd. Nor untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi PN akan memberi laluan kepada penyandang kerusi berkenaan Tan Sri Annuar Musa yang tidak angkat sebagai calon oleh BN.

Setiausaha Politik Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa iaitu Zahari Kechik pula diumumkan sebagai calon Parlimen Jeli bagi mengantikan tokoh berkenaan yang sebelum ini yang menang atas tiket BN.

Bagi kerusi Gua Musang, Bersatu menamakan muka baharu Mohd Azizi Abu Naim untuk berdepan 'taiko' politik Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dari BN.

Artikel Berkaitan: