PRU15: Pas tidak bertanding di Sabah

Aliakbar Gulasan
Aliakbar Gulasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Buat pertama kalinya, Pas Sabah tidak meletakkan calon dan sekali gus tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Pas yang bertapak di Sabah dan bertanding kali pertama pada tahun 1986 mengambil keputusan itu sebagai tanda mendukung prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh Pas.

Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, beberapa keputusan penting telah diambil menerusi perbincangan bersama kepimpinan utama Pas Pusat dan dipersetujui dalam mesyuarat khas Perhubungan Pas Negeri Sabah (PPNS) yang diadakan pada malam Rabu.

"Pas Sabah telah mengambil beberapa keputusan penting iaitu tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU15 di Sabah.

"Semua ahli dan penyokong Pas diarahkan membantu serta mengundi semua calon yang mewakili parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - BN Sabah sebagai tanda mendukung prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh Pas," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Sehubungan itu, Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik berkata, Pas Sabah akan menyelaras jentera secara menyeluruh di peringkat negeri dan kawasan di negeri ini.

Sebelum ini, Pas Sabah telah menyatakan hasrat berminat untuk meletakkan calon di beberapa Parlimen termasuk di Sepanggar dan kawasan lain.

Artikel Berkaitan: