[VIDEO] PRU15: Gerakan mahu tumpu DUN Pulau Pinang

Dominic Lau bersama Timbalannya, Oh Tong Keong bergambar bersama ahli-ahli parti pada Majlis Pengumuman Calon Parti Gerakan bagi Pilhan Raya Umum ke-15 di Menara PGRM pada Rabu. - Foto Bernama
Dominic Lau bersama Timbalannya, Oh Tong Keong bergambar bersama ahli-ahli parti pada Majlis Pengumuman Calon Parti Gerakan bagi Pilhan Raya Umum ke-15 di Menara PGRM pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau tidak berhasrat bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tetapi akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan memimpin jentera pilihan raya di negeri itu apabila ia dibubarkan kelak.

Beliau berkata, Gerakan meletakkan Pulau Pinang sebagai 'benteng utama' dan strategi untuk kembali ke Parlimen dan DUN pada PRU15.

"Saya sering menekankan bahawa saya tidak akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU15 kerana mahu bertanding di DUN Pulau Pinang dan mengetuai jentera pilihan raya PN (Perikatan Nasional) di negeri itu jika ia dibubarkan.

"Pulau Pinang juga merupakan negeri titik tolak parti Gerakan dan saya sebagai anak jati negeri itu," katanya ketika sidang akhbar sempena majlis pengumuman calon Gerakan PRU15 di Menara PGRM di sini pada Rabu.

DUN Pulau Pinang tidak dibubarkan untuk diadakan pilihan raya serentak dengan peringkat Parlimen pada PRU15 berikutan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membubarkan DUN bagi tiga negeri yang diperintah gabungan itu iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Lau berkata, Gerakan akan bertanding di 20 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah PN pada PRU15, serta menampilkan 26 muka baharu.

Menurutnya, seramai 14 calon Gerakan berumur 45 tahun ke bawah dan calon termudanya berumur 25 tahun iaitu Pang Boon Yang akan bertanding di DUN Canning, Perak,

Beliau berkata, strategi utama PN pada PRU15 adalah menumpukan kepada golongan pengundi muda.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRU15 pada Sabtu ini, hari pengundian pada 19 November, manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama