Sany Hamzan tempelak Ahmad Maslan, dakwa jawapan di Parlimen tiada nilai

Sany Hamzan (kiri) dan Ahmad Maslan
Sany Hamzan (kiri) dan Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menempelak jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mohd Sany ketika mencelah dalam sesi soal jawab kementerian mendakwa Ahmad bertindak secara tidak profesional ketika menjawab isu yang dibangkitkan.

"Jawapan semalam daripada timbalan menteri memang tidak ada nilai dan tidak ada harga.

"Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada menteri yang menjawab soalan bagi pihak Kementerian Kerja Raya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Ahmad menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membuat janji sedemikian.

Ahmad kemudiannya membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu "kena kencing", iaitu ungkapan yang membawa maksud ditipu.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selain menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!