Anwar jamin PH laksana manifesto jika dapat mandat

PH melancarkan Tawaran Harapan - Kita Boleh! di Klang pada Rabu.
PH melancarkan Tawaran Harapan - Kita Boleh! di Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Manifesto Pakatan Harapan (PH) dirangka dengan meneliti dan dikaji untuk perlaksanaan dalam tempoh lima tahun iaitu tempoh sepenggal sekiranya mendapat mandat sebagai kerajaan.

Bagaimanapun, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mana-mana perkara yang menjadi keutamaan akan dilakukan segera bergantung kepada keupayaan kewangan.

"Kita ada tempoh lima tahun tapi ada keutamaan yang kita mula sekarang yang boleh tapi tertakluk kepada keupayaan kewangan.

Jadi komitmen kita mesti diteruskan kerana saya tidak ada pengalaman 2018.

"Tapi kali ini dibahaskan dengan teliti, dikaji semula dan oleh demikian saya percaya kita melihat keupayaan untuk perlaksanaan tersebut," katanya kepada pemberita ditemui selepas Majlis Pelancaran Tawaran Harapan - Kita Boleh! di sini, pada Rabu.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan jika diberi mandat, PH akan melaksanakan manifesto yang disenaraikan selagi beliau memimpin PH.

"Ia bagi menjawab soalan apakah jaminan PH bagi memastikan manifesto kali ini tidak lagi 'Bukan kitab suci' iaitu sesuatu yang tidak semestinya dilaksanakan.

"Selagi pengerusinya Anwar Ibrahim," katanya ringkas.

Artikel Berkaitan: