PCM tukar calon di Bukit Bendera

Richie Huan Xin Yun
Richie Huan Xin Yun
A
A
A

GEORGETOWN - Parti Cinta Malaysia (PCM) mengesahkan pertukaran calon BN yang akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bendera pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, isu pertukaran calon itu telah dibincangkan oleh Majlis Tertinggi PCM dan sebulat suara bersetuju menamakan Ketua Pemuda PCM Pusat, Richie Huan Xin Yun di kerusi berkenaan sebagai menggantikan Razalif Mohamad Zain yang telah diumumkan sebelum ini.

"Majlis Tertinggi PCM telah berbincang dan mendapati calon yang paling sesuai untuk bertanding di Bukit Bendera ialah Ketua Pemuda PCM Nasional, Richie Huan Xin Yun.

"Keputusan ini dibuat mengambil kira kedudukan demografi dan kebajikan rakyat dan pengundi di Parlimen Bukit Bendera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Cheng Guan turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi peluang kepada PCM bertanding pada PRU 15 ini.

Katanya, sebagai ahli gabungan BN (Friends of BN), sudah pasti peluang itu memberi makna bahawa BN adalah sebuah gabungan parti yang sangat harmoni dan bersesuaian dengan tema BN bagi PRU15 iaitu kestabilan dan kemakmuran.

Pada Selasa, BN mengumumkan Razalif Mohd Zain daripada PCM sebagai calon mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, timbul khabar angin mengenai kemungkinan pencalonan Razalif bagi mewakili BN di kerusi berkenaan dibatalkan serta diganti individu lain.

Artikel Berkaitan: