Paati Veedu catat 1.8 juta tontonan

Paati Veedu mengisahkan Rohan terpaksa tinggal bersama neneknya dan meraikan Deepavali.
Paati Veedu mengisahkan Rohan terpaksa tinggal bersama neneknya dan meraikan Deepavali.
A
A
A

SHAH ALAM – Filem web bertajuk Paati Veedu atau Rumah Nenek yang dihasilkan oleh MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y) sempena Deepavali mendapat sambutan hangat apabila mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan di saluran Youtube dan 1.3 juta di Facebook MR D.I.Y.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, Paati Veedu yang berdurasi empat minit disiarkan di laman Facebook dan YouTube rasmi MR D.I.Y. sempena perayaan Deepavali.

“Filem web ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki bernama Rohan yang terpaksa tinggal di rumah nenek untuk membantu dan merapatkan hubungan mereka.

“Rohan mendapati agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan cara nenek. Nenek Rohan pula merasakan usaha Rohan membantunya agak menjengkelkan,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, satu kejadian lucu telah berlaku diantara mereka sekali gus menyebabkan mereka berdua mencari cara untuk berkomunikasi dan meraikan musim perayaan bersama.

Tonton versi penuh di sini: https://www.youtube.com/watch.

Artikel Berkaitan: