Ukraine bedil helikopter tempur Rusia

Gambar menunjukkan sebuah helikopter tentera Rusia dibelil peluru berpandu tentera Ukraine di Donetsk baru-baru ini. - Foto K2.540MBr/Newsflash
Gambar menunjukkan sebuah helikopter tentera Rusia dibelil peluru berpandu tentera Ukraine di Donetsk baru-baru ini. - Foto K2.540MBr/Newsflash
A
A
A

KIEV - Ukraine telah menembak jatuh helikopter tempur tentera Rusia dalam tempoh tiga minit di wilayah selatan Kherson baru-baru ini.

Penembak antipesawat menyasarkan helikopter tersebut di wilayah selatan Kherson, kata Tentera Udara Ukraine.

Helikopter tempur satu tempat duduk yang bernilai £12 juta (RM65.69 juta) itu digelar Black Shark disifatkan sebagai helikopter paling berbahaya tentera Rusia.

Ia berlaku beberapa minggu selepas tentera Ukraine menembak jatuh empat buah helikopter tentera Rusia dalam tempoh 18 minit.

Ukraine turut meletupkan helikopter tempur Mi-8 di Donetsk selepas peluru berpandu darat ke udara menembaknya baru-baru ini.

Satu rakaman video menunjukkan helikopter tempur Rusia itu terbang rendah melintasi padang sebelum ia terkena peluru berpandu.

Namun, helikopter itu terus terbang untuk tempoh beberapa lama dengan badan di sebelah kirinya terbakar.

Helikopter itu mula mengeluarkan asap hitam dan kemudian terhempas di sebuah padang.

Artikel Berkaitan:

Imej-imej itu diperoleh daripada Briged Mekanik Berasingan ke-54 Angkatan Tentera Ukraine pada Isnin. - Agensi