'Jangan sibuk hal kami'

Jean-Yves Le Drian
A
A

PARIS - PERANCIS. Kerajaan Perancis meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas presiden itu memuat naik mesej di Twitter mengenai tunjuk perasaan besar-besaran di Perancis, selain menyentuh isu perjanjian iklim Paris.

“Kami tidak pernah mengambil tahu situasi politik tempatan AS, dan kami mahu negara itu berbuat yang sama.

“Saya mahu menyatakan kepada Donald Trump, jangan ambil tahu keadaan negara kami,” kata Menteri Hal Ehwal Luar dan Eropah, Jean-Yves Le Drian.

Terdahulu, Trump memuat naik mesej di Twitter yang merujuk kepada tunjuk perasaan anti kerajaan ‘ves kuning’ yang mencetuskan keganasan di seluruh Perancis. - AFP