12 negeri diramal ribut petir hari penamaan calon

Tangkap layar laman web MetMalaysia pada Selasa.
Tangkap layar laman web MetMalaysia pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di semua kawasan Parlimen 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada sebelah petang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Menurut paparan laman web MetMalaysia pada Selasa, negeri-negeri tersebut ialah Pahang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak.

Di Selangor, situasi itu melibatkan beberapa kawasan antaranya Sabak Bernam, Hulu Langat, Gombak, Pandan dan Sungai Besar.

Bagi kawasan Sabah pula, hanya lapan Parlimen sahaja yang mengalami ribut petir termasuk Kimanis, Sipitang, Keningau, Silam dan Tawau.

Bagaimanapun pada sebelah pagi di kawasan berkenaan diramalkan cuaca cerah selain di beberapa Parlimen di negeri Pantai Timur, Utara dan Sabah.

Kebanyakan kawasan di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak pula diramalkan hujan pada waktu pagi.

Selain itu, cuaca di Parlimen Putrajaya cerah pada waktu petang pada hari sama.

Artikel Berkaitan: