12 juta pengguna nikmati akses 5G menjelang akhir tahun

No Image Caption
A
A
A
KOTA BHARU - Kira-kira 12 juta pengguna bakal menikmati perkhidmatan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini susulan lima daripada enam penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menandatangani Perjanjian Akses (AA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) pada Isnin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, lima syarikat tersebut ialah Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Katanya, menerusi perjanjian itu syarikat terlibat akan menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.

"Alhamdulillah lima daripada enam syarikat telekomunikasi telah pun menandatangani AA. Perjanjian ini membolehkan akses 5G akan diperoleh dalam kadar masa segera.



"Menerusi perjanjian ini dijangka 12 juta pengguna telefon akan ada akses 5G menjelang akhir tahun ini," katanya pada sidang media khas, di sini pada Selasa.

Annuar berkata, penyediaan prasarana atau menara 5G di seluruh negara kini berada pada tahap 33.2 peratus. - Bernama
Artikel Berkaitan: