Varian baharu sebabkan kes Covid-19 meningkat di AS

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A
LOS ANGELES - Kes Covid-19 yang disebabkan varian baharu menunjukkan peningkatan di Amerika Syarikat (AS), menurut data terbaharu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Isnin.

Xinhua melaporkan, kes jangkitan membabitkan dua varian baharu BQ.1 dan BQ.1.1 semakin melonjak.

Pada awal Oktober, setiap satu varian menyumbang kira-kira satu peratus jangkitan baharu di AS dan menunjukkan peningkatan dua kali ganda setiap minggu.

Menurut data terbaharu itu, BQ.1 membawa kepada kira-kira 14 peratus jangkitan baharu di negara ini pada minggu berakhir 29 Okt manakala BQ.1.1 menyumbang 13.1 peratus jangkitan baharu.

Kedua-dua varian itu menyumbang lebih satu daripada empat jangkitan Covid-19 baharu di seluruh negara. - Bernama
Artikel Berkaitan: