Pas tidak mahu tafsir tindakan Nik Abduh

Mohd Amar berkata, hanya Nik Abduh yang tahu tujuannya memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebooknya.
Mohd Amar berkata, hanya Nik Abduh yang tahu tujuannya memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebooknya.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung tindakan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebook miliknya semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hanya pemilik akaun media sosial itu yang mengetahui tujuan tindakan berkenaan dilakukan.

"Kena tanya dia sendirilah kenapa dia berbuat begitu, saya tidak tahu. Saya tidak pandai nak tafsir-tafsir kena tanya tuan badan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Amanat Khas Menteri Besar Kelantan di Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan di sini pada Selasa.

Hantaran Facebook Nik Abduh semalam mendapat lebih 1,500 komen pagi ini dengan pelbagai spekulasi dibincangkan termasuk ada yang menyifatkan warna biru bumi itu bermaksud 'ke laut'.

Mengulas desas desus Nik Abduh dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mungkin tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mohd Amar berkata, semua keputusan berkaitan calon akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

"Esok Pas akan isytihar semua calon yang akan bertanding. Semua senarai akhir calon sudah ada ditangan Menteri Besar. Kita tunggu sajalah, jadi esok jangan tidur," katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, setakat ini tidak pernah berlaku lagi 'cah keting' dalam Pas.

Artikel Berkaitan: