Amanah kecewa kerusi Tanjung Piai diberi kepada Muda

 Aminolhuda
Aminolhuda
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor kecewa tidak dapat bertanding di Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana terpaksa menyerahkan kerusi itu kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, parti itu mengalami nasib yang sama iaitu tidak berpeluang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu kerana menyerahkan kerusi itu kepada Muda.

"Apa yang kita alami dalam kes P.165 Tanjung Piai seolah-olah mengulangi apa yang berlaku dalam DUN N.41 Puteri Wangsa.

"Setakat perbincangan awal kerusi yang ditandingi Amanah ialah enam, Muda (satu), DAP (lapan) dan PKR (11).



"Sewajarnya rakan komponen lain yang mempunyai kerusi lebih banyak memberikan kepada Muda bukannya Amanah yang mempunyai kerusi yang sedikit.

"Secara asasnya perbincangan pembahagian kerusi dalam kalangan tiga komponen utama Pakatan Harapan (PH) perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perundingan dengan pihak lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan yang telah dibuat Majlis Presiden Pakatan Harapan itu.

Bagaimanapun katanya, Amanah Johor memohon pucuk pimpinan PH supaya membuat semakan semula keputusan berkaitan kerusi Tanjung Piai.

Artikel Berkaitan: