Amanah umum 54 calon Parlimen

Sidang media pengumuman calon Amanah.
Sidang media pengumuman calon Amanah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan 54 calon bagi kerusi Parlimen yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kesemua calon yang dinamakan telah menandatangani watikah pencalonan di peringkat parti hari ini.

"Telah selesai dalam ikrar (peringkat parti) dan semuanya insya-ALLAH akan bertanding pada PRU15 mewakili Pakatan Harapan (PH).

"Kesemua calon yang mewakili peringkat Parlimen, watikah pencalonannya akan ditandatangani oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelak," katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara pada Ahad.

Dalam pada itu Mohamad memaklumkan, jumlah calon yang dinamakan parti itu bertambah berbanding 35 kerusi pada PRU14.

Selain beliau yang kekal bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub juga mempertahankan kerusi Parlimen Pulai manakala Naib Presiden, Datuk Seri Mujahid Yusof akan bertanding di Parit Buntar.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Hatta Ramli kekal di Lumut manakala Pengarah Komunikasi parti, Khalid Abdul Samad diumumkan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Sementara itu, empat penyandang digugurkan daripada bertanding PRU15 iaitu Hanipa Maidin (Sepang); Mohd Anuar Tahir (Temerloh); Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Datuk Dr Hasan Bahrom (Tampin).

Artikel Berkaitan:

Kerusi Parlimen Sepang akan ditandingi Raj Muni Aiman Athirah manakala Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda bertanding di Temerloh; Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat) dan Muhammad Faiz Fadzil (Tampin).

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dikekalkan sebagai calon PRU15.

Mengenai pengguguran empat penyandang kerusi Parlimen daripada parti itu, Salahuddin menjelaskan, proses itu bagi memberi laluan kepada muka baharu.

"Itu proses yang kita jalankan melalui Jawatankuasa Penilaian dan Pemilihan Parti, maka ada yang tidak bertanding lagi untuk memberi laluan kepada muka baharu yang dirasakan penting diberi peluang pada kali ini," jelasnya.

Khalid pada sidang media sama menolak dakwaan pengguguran penyandang tertentu kerana masalah kesihatan selain tidak menggambarkan mereka tidak berprestasi baik.

"Ia hanya satu proses peralihan dan pertukaran yang kita nak galakkan berlaku dalam Amanah. Kita inginkan muka baharu diberi peluang," ujarnya.


Berikut senarai calon Parlimen Amanah:


Perlis

P001 Padang Besar - Mohamad Saad@ Yahya


Kedah

P004 Langkawi - Zabidi Yahya

P007 Padang Terap - Muaz Abdullah

P008 Pokok Sena - Mahfuz Omar

P013 Sik - Latifah Md Yatim

P016 Baling - Johari Abdullah


Negeri Sembilan

P126 Jelebu - Zulkefly Mohamad Omar

P127 Jempol - Norwani Ahmat

P133 Tampin - Muhammad Faiz Fadhil


Melaka

P135 Alor Gajah - Adly Zahari

P139 Jasin - Harun Mohamed


Johor

P147 Parit Sulong - Mohd Faizal Dollah

P149 Sri Gading - Aminolhuda Hassan

P156 Kota Tinggi - Onn Jaafar

P157 Pengerang - Zakaria Mohd Salleh

P161 Pulai - Datuk Seri Salahuddin Ayub


Perak

P056 Larut - Zolkharnain Abidin

P057 Parit Buntar - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

P059 Bukit Gantang - Dr Fakharuludin Mohd Hashim

P067 Kuala Kangsar - Dr Ahmad Termizi Ramli

P069 Parit - Nurthaqaffah Nordin

P074 Lumut - Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli


Pahang

P084 Paya Besar - Ahmad Azam Mohamad Salleh

P086 Maran - Ahmad Shuhor Awang

P087 Kuala Krau - Juhari Osman

P088 Temerloh - Mohd Hasbie Muda


Selangor

P.092 Sabak Bernam - Shamsul Ma'arif Ismail

P.096 Kuala Selangor - Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

P101 Hulu Langat - Mohd Sany Hamzan

P.108 Shah Alam - Azli Yusof

P. 111 Kota Raja - Mohamad Sabu

P.119 Titiwangsa - Khalid Abd Samad

P.113 Sepang - Raj Munni @ Aiman Athirah


Terengganu

P.033 Besut - Abd Rahman @ Abd Aziz Abas

P.035 Kuala Nerus - Datuk Seri Suhaimi Hashim

P.036 Kuala Terengganu - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

P.037 Marang - Azhar Ab Shukur


Labuan

P.166 Labuan - Datuk Dr Ramli Tahir


Kelantan

P019 Tumpat - Wan Johari Wan Omar

P020 Pengkalan Chepa - Nik Faizah Nik Othman

P021 Kota Bharu - Dr Hafidzah Mustakim

P023 Rantau Panjang - Dr Wan Shah Jihan Wan Din

P024 Kubang Kerian - Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah

P028 Pasir Puteh - Muhammad Husain

P030 Jeli - Md Radzi Wahab

P031 Kuala Krai - Mohd Hisyamuddin Ghazali